Malam tadi, aku ada kelas . Hmmm.... Nampaknya, sem ni memang takde harapan la aku nak bertolak pulang Khamis malam . Kalo sem lepaih, aku akan bertolak Khamis malam bila tiba time cuti . Tapi, takpe la, berkorban la sikit kan demi pelajaran .
Citer pasal ukhuwah ni, disebabkan subjek malam ni la, ukhuwah antara aku dengan hamba Allah yang lain terjalin lagi . Bahkan, dengan berlainan bangsa & agama plak tu . Allah tak haramkan hambanya menjalinkan ukhuwah kan, tak kira la dengan bangsa apa-apa pun . Allah lagi la suka bila hamba-Nya berusaha untuk mengeratkan hubungan silaturahim . Kuliah tadi tu diadakan dalam dwan yang luas & sangat besar . Maklum la, dewan konvokesyen, memang la besar .
Untuk subjek kuliah tadi tu, kitorang kena formed group . Setiap group kena ada sekurang-kurangnya dua bangsa yang berlainan . Aku dan 2 orang kawan aku ni menggelabah la, tak tahu mana nak carik bangsa lain ni . Dewan tu besar, so, memang haru-biru jadiknya bila masing-masing da kalut nak carik ahli kumpulan .
Alhamdulillah.... Allah permudahkan urusan kami . Bila tanya je kat 3 orang student Chinese tadi, depa cakap belum cukup ahli . So, kitorang pun combined la, jadik satu group .
Haaa..... Kat situ la ukhuwah mula terjalin bila kitorang start memperkenalkan diri masing-masing . Nama dorang ialah Vivian, Loke & Loo . Semuanya comel-comel . Ye la, ciptaan Allah kan, mesti la comel-comel semuanya .
Then, balik je dari kuliah tu, aku dan roomate yang sememangnya tengah lapar sangat-sangat, masakkan nasi goreng . Bukan kami berdua je, ada lagi tiga orang kawan kitorang join sekali makan . Depa buatkan nasi goreng ikan masin .Memandangkan aku tak makan ikan masin, so, kawan aku buatkan nasi goreng biasa je khas buat aku . Kitorang makan la sampai kenyang .
Selesai je makan, kitorang lepak-lepak dalam bilik aku ni, bersembang macam-macam perkara . Kadang-kadang, sampai gelak besar pun ada, gara-gara lawak yang kawan-kawan aku buat . Malam ni la baru aku rasai sendiri bahawa bila kita luangkan masa dengan kawan-kawan, ternyata ukhuwah tu akan terjalin dan silaturahim bertambah erat .
Aku harap ukhuwah yang terjalin ni akan berkekalan sampai bila-bila .
In Sha Allah .
Sekian .
Salam Gadis Pink .
^_^
Gorgeous Pinky

Tiada ulasan:
Catat Ulasan