Ahad, 16 Februari 2014

Rindu Serindu - Rindunya





Okey, kat sini aku nk tekankan bahawa setelah sebulan bercuti, aku kembali menulis blog ini .

Berkenaan tajuk coretan aku kali ni , aku akui setelah sebulan duk rumah, terasa berat sangat hati  ni nak tinggalkan keluarga yang aku sayang . Serius aku cakap aku rasa macam mula2 masuk U la plak . Padahal ni da second sem aku . Aku ni bukanlah anak manja sangat . Depan family aku, aku tak nangis pun bila nak mai U ni . Tapi, bila sampai je kat U ni tengah hari tadi, aku nampak ramai giler student yang dihantar oleh family dorang . Sampai jammed jalan dalam USM niyh siang tadi . Haaaa, time tu la aku terpikir, betapa untungnya kalo family aku boleh antar aku kat sini tadi . Dan satu lagi yang buat aku terpikir, betapa beruntungnya student yang duk dekat2 ni. Tiap2 minggu boleh balik .

Hmmmmm... Mesti kalo ad orang bace coretan aku ni, dorang akan boring . Yela kan, macam la aku sorang je blajar kat U . Ramai lagi blajar kat U ni, tapi depa bese2 je . Hahaha.... Tapi takpe la, da ni blog aku kan, suka ati aku la nak coretkan apa2 pun .

Back to the topic, masa aku buat coretan ni, aku akui bahawa aku tak dapat nak tahan air mata aku daripada menitis . Aku rindu ayah, ibu, along & adik-adik aku . Lagi2 kat adik aku yang bongsu. Adik aku yang bongsu ni istimewa sangat bagi aku. Dia la satu2nya adik lelaki yang aku ada. Dia jugak satu2nya adik aku yang paling nakal, yang selalu buat aku nak marah, yang selalu usik aku. Tapi, aku tetap sayang dia .









Haaaa... Ni la gambar family tersayang aku . Btw, hanya gambar ayah aku je takde . Ayah aku memang jenis tak suka bergambar . Nanti aku akan dapatkan gambar ayah aku . Pastu, akan aku paparkan kat coretan aku yang akan datang . In Sha Allah .

Aku rindu sangat2 kat dorang ni . Tak sampai pun 24 jam aku kat U ni ari  ni, tapi malam ni da berapa kali da aku nangis sebab nak balik . Huwaaaaaa ~~~~ Aku taknak la kol mak ayah aku waktu aku tengah emo ni . Nanti tak pasal2 aku menangis mase otp ngan dorang . Aku tak nak depa susah ati . Mak aku seorang yang sangat prihatin .Nanti tak tido malam plak dia gara2 aku menangis .
Mak, Ayah, Along, Kak Teh, Kak Are, Kak Lang & Adik, Kak Nik rindu korang semua . SobSobSob.
Hukhukhuk T_T ........

Okey la, nanti tak pasal2 pagi esok bengkak mata aku ni gara2 menangis je malam ni . Aku terpaksa hentikan coretan  kali ni. Kalo tak, semakin lebat plak airmata aku ni .

Aku sayang family aku ketat2 . Aku doakan Allah sentiasa merahmati keluarga aku . In Sha Allah .
Aamiin .

Salam Rindu & Kasih Sayang dari aku Si Gadis Pink .

^_^

Gorgeous Pinky
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan