Hahahaha.....
Saja je tajuk tu . Kasi gempak sikit .
Sebenarnya, aku nak citer sikit pasai diri aku & kisah cinta ni . Aku start tau pasai couple2 ni masa aku Form 3 . Tu pun bila aku da pindah sekolah baru . Pelajar2 kat sekolah baru aku tu advanced sikit . Depa memang pandai kalo bab2 couple ni . Aku pun jadi terikut-ikut gak ngan depa . Time tu la aku start couple ngan senior aku .
Hmmmmm~~~ Remaja kan . Semua benda nak cuba . Nasib baik la tu je yang aku cuba . Tak la sampai tahap buat benda-benda tak elok . Mak ayah aku garang kot . Memang kitorang adik-beradik takut kat parents kitorang ni . Tapi, bagus gak depa garang . Kalo tak, tak jadi orang agaknya kitorang ni . Hehehehe . Tapi, biasa la kan, zaman sekolah, cinta monyet je semua tuh . Aku pun bukannya bersungguh sangat pun nak bercouple ni . Aku terima dia pun sebab kesian . Tapi, ok la tu, kira adil . Last2 dia tinggalkan aku . Hahahaha .
Cinta Monyet ~
Lepas tu, aku da tak peduli pasal couple2 da . Aku fokus je pada pelajaran . Sampai la aku Form 6 . Ntah camane aku boleh jumpa dengan budak yang sekampung dengan aku dulu . Aku kenal la jugak dia ni . Masa kecik-kecik, pernah je nampak dia & adik dia lalu depan rumah aku naik basikal .
Nama dia....... Hmmm... Perlu ke aku mention...??? Tak payah la kot . Buat sakitkan hati je .
Aku pada asalnya tak nak terima dia ni . Sebabnya, aku dah janji dengan diri aku sendiri yang aku tak nak couple sampai la umur aku 25 tahun . Aku plan, bila umur 25 tahun, terus je kahwin . Tu pun kalo ada orang nak masuk minang la . Ntah sapa la nak kat aku ni . Rupa dah la biasa2 je, tak macam Emma Maembong tu . Hahaha . Tapi, apa pun, ciptaan Allah tetap comel kan .
Berbalik pada citer tadi . Aku da mungkir janji dengan diri aku sendiri . Atas dasar kesian buat kedua kalinya, aku terima budak tu . Umur dia tua setahun je dari aku . Ntah camane la dari kesian boleh plak timbul rasa sayang . Tapi, hubungan kitorang tak bertahan lama pun . Baru je 2 bulan aku masuk U ni, dia berubah . Aku ingatkan aku yang akan berubah . Tapi, dia plak yang berubah . Sebelum tu, bukan main lagi dia beriya-iya mintak aku supaya jangan curang .
Haishhh.... Lelaki.... Lelaki . Memang camtu ek sifat korang...??? Suka mempermainkan perasaan wanita...???
Aku ni pun satu, menangis bagai nak rak segala bila clash tu . Ntah apa-apa la aku ni kan . Jujur aku cakap, dia tu aku ingatkan first love aku . Ye la kan, yang couple masa zaman sekolah tu tak kira la, tu cinta monyet . Aku langsung tak kisah pasal tu . Zaman budak-budak yang tak matured lagi katakan . Tapi, ternyata yang si dia tu bukan first love aku gak .
Aku anggap camtu sebab kalo first love, sah2 la sampai sekarang walau dia bukan milik kita pun, kita still ingat kat dia kan . Tapi, aku ni awal2 clash ari tu je teringat kat dia . Lepas tu, aku dapat tahu dia tipu aku, terus aku bangkit & sedar bahawa dia bukanlah first love aku .
So, di sini aku nk tekankan bahawa aku tak pernah ada first love pun .
Biarlah first love aku tu suami aku satu hari nanti .In Sha Allah, aku sekarang sedang cuba untuk tidak mudah kesian & terima mana-mana lelaki lagi dalam hidup aku .
Aku hanya akan terima bila lelaki tu betul2 serius dengan pi mintak aku kat parents aku dengan cara baik . Kalo parents aku berkenan, aku terima . Kalo tak, sorry to say la ye .
Aku dah tak nak terlibat dengan cinta-cinta yang tak menjamin apa-apa lagi da . Nampak tak kematangan aku kat situ...???
Hehehehe~
So, dear ex, sebenarnya ini la yang saya nak bagi tahu awak :
" Terima kasih sebab tinggalkan saya . Terima kasih sebab buat saya da tak percaya pada lelaki . Terima kasih sebab buat saya hidup bahagia,tenang, tanpa perlu fikirkan perasaan orang lain, yang bukan muhrim saya . Terima kasih, Terima kasih & Terima kasih . Sesungguhnya, saya lebih berwaspada sekarang dalam bersahabat dengan lelaki . Terima kasih sebab buka mata & hati saya bahawa lelaki ni memang tak boleh dipercayai . Dan, terima kasih sebab bila da clash, bila da single, hidup saya ternyata lebih bahagia . Lebih dekat kepada Allah . Tak lagi lalai dengan melayan mesej-mesej dari awak . Yang penting, terima kasih sebab..........
Saya dapat jimatkan kredit tanpa perlu bemesej dengan awak .
Hehehehe ~ "
Btw, gambar ni khas untuk dia .
* Abaikan budak kat belakang tu . Yang penting kata-kata tu ek .
Thank You .
Sekian .
Salam Gadis Pink
^_^
Gorgeous Pinky

Tiada ulasan:
Catat Ulasan