Selasa, 18 Februari 2014

Hasrat Hati



Ari ni, aku pi kelas memakai kain . Tak pakai seluar jeans ketat2 da . Aku sebenarnya terpikir gak nak berubah . Jadi seorang muslimah yang betul2. Biar la tak sampai tahap pakai niqab pun . At least aku nak jadi seorang gadis yang sopan dalam berpakaian . Aku tak nak digelar seorang gadis yang sexy . Haaaa...... Sebut pasai sexy ni, aku ada satu citer .
                             
Awainya aku tak rasa diri aku ni sexy pun . Ye la, kalo setakat pakai seluar jeans dengan kemeja @ t-shirt  tu biasa la bagi aku . Tapi, tu sume anggapan aku je . Mungkin pada pandangan orang lain dah dikira sexy kot . Aku mula sedar diri bahawa dengan memakai seluar jeans ni dianggap sexy bila ada sorang senior ni panggil aku sexy . Aku tak tau la dia hanya nak nyakat aku je atau benar-benar maksudkannya . Tapi, aku rasa dia benar2 maksudkannya kot . Aku tak suka dia panggil aku camtu sebab....... Ntah la, aku pun tak tau sebab apa aku tak suka dia panggil aku camtu . Ye la kan, bagi aku, manada wanita @ gadis yang nak diri mereka dipanggil sexy kan . Kalo aku la, aku nak orang pandang aku sebagai seorang gadis yang sopan, lembut, sejuk mata memandang . Sesuai la dengan ketaksuban aku terhadap kaler Pink tu . Pink kan lembut . So, bagi aku, someone yang minat Pink ni melambangkan peribadi dorang yang lemah - lembut .

Aku sebenarnya  tak tahu nak mula dari mana tuk berubah . Aku rasa maybe aku kena start dari cara aku berpakaian kot . Ye la, pakaian kan melambangkan peribadi seseorang . Aku kena kurangkan atau kalo boleh,  tak yah pakai langsung seluar jeans ni . Buang je teruih . Ye la, kalo aku still simpan dalam almari tu, nanti bila aku tengok, still ada je rasa nak pakai seluar jeans tu . Maklum la kan, kita ni manusia . Hamba Allah yang lemah . Iman tu akan sentiasa turun naik je .

Aku ada berkawan dengan seorang yang menjaga aurat, menjaga pergaulan, dalam erti kata lain kawan aku tu muslimah la kiranya . Haaaa..... Dia tu la Zatul . Kawan aku yang ajak & ajar aku buat blog ni . Jangan ingat seorang wanita muslimah ni kolot tau . Aku nak jugak tanya dia camana nak berubah . Nak je aku citer hasrat hati aku ni kat someone, dengan harapan orang tu dapat bagi semangat kat aku tuk capai hasrat hati aku ni . Tapi............ Aku tak tau nak citer kat sapa . Aku takut depa ketawakan aku bila aku citer pasai niat hati aku tuk berubah ni .

Takpe la . Aku ingat pesan mak ayah aku . Depa kata, kalo kita buat sesuatu perkara tu dengan niat atau tujuan yang baik , In Sha Allah akan dipermudahkan oleh-Nya . Mudah - mudahan aku bergraduate kurang lebih 3 tahun setengah lagi ni sebagai seorang gadis yang sopan dalam berpakaian. 



Peringkat permulaan ni, aku tak nak  la berubah secara mendadak . Biar la aku mulakan dengan cara aku berpakaian dulu . Aku kena kurangkan memakai seluar la lepaih ni . In Sha Allah aku boleh . Yang penting aku kena istiqamah dalam membuat sesuatu . Yupp !!!! ISTIQAMAH !
Go Gorgeous Pinky Go !
                 
Masa aku  buat coretan ni sebenarnya aku tengah sebak . Bukan apa, aku teringat kat family aku . Seriously aku cakap, aku betui2 HOMESICK kali ni . Adoiai..... Masalah betui la aku ni . Da la cengeng . Mudah je nak menangis .

Haaa..... Sebut pasai cengeng, aku ada citer . Nanti aku coretkan dalam coretan yang akan datang ye ..
Setakat  ni je la dulu untuk Hasrat Hati ni .

Salam Gadis Pink .

^_^

Gorgeous Pink

Tiada ulasan:

Catat Ulasan