Rabu, 19 Februari 2014

Rasa Bersalah

Bagi aku rasa bersalah  ni tuduhan diri kita terhadap  diri sendiri atas sebab kita gagal melakukan sesuatu, terutamanya bila melibatkan orang lain . Bila kita gagal atau dalam erti kata lain tak mampu untuk memuaskan hati orang lain serta menggembirakan mereka, serta-merta rasa bersalah tu wujud, walaupun sekelumit cuma . Tapi, tu bagi pandangan aku je la . Ada je rasanya orang kat dunia ni yang selfie . Langsung tak rasa bersalah bila buat orang sakit hati ke, sentap ke atau menangis dengan cara dorang . Orang jenis ni aku tak tau nak kategorikan mereka sebagai apa . Maybe sebagai orang yang tak punya hati perut kot .

Malam ni, entah kenapa aku rasa bersalah sangat . Aku sepatutnya pegi kat sana . Biarlah just sekejap je, tapi aku rasa kalo aku pegi, at least tu menunjukkan bahawa aku support apa yang dia buat . Tapi, ntah la.... Awal-awalnya aku rasa takpe je kot kalo aku tak pegi . Tapi, bila tengok daripada mood dia selepas tu, aku tau dia kecewa . Bukan dengan aku saja okey ! Dengan ramai lagi orang yang hanya anggap perkara tu sambil lewa . Padahal ianya penting sebab tu merupakan projek yang dia handle kotnya . Hishhh, apa la nak jadi ngan kitorang ni . Nak pi support projek yang orang buat pun payah . 

Tapi, aku da mintak maaf da kat dia tadi . Serious aku cakap, aku ikhlas mintak maaf kat dia tu . Ye la, orang kata kalo ikhlas tak payah la nak bagi tau kan . Aku cuma nak luahkan je . Aku betul2 rasa bersalah . Harap dia terima la ucapan maaf aku tu .



Tiada ulasan:

Catat Ulasan