Rabu, 19 Februari 2014

Cengeng

Assalamualaikum . . .

Dalam catatan aku yang lepas, aku ada cakap nak citer pasal diri aku yang cengeng ni kan . Malam ni baru la aku berkesempatan nak menulis pasal cengeng tu .

Aku merupakan anak kedua daripada enam orang adik - beradik . Aku ada seorang abang . Kiranya aku ni kakak, sebab aku ni anak perempuan sulung . Tetapi, perwatakan aku tak menunjukkan seperti aku ni seorang kakak . Aku ni tak la manja, tapi tu la, CENGENG ! . Mudah je nak menangis . Bahkan, dengan adik - adik aku pun kadang - kadang  aku menangis .

Pernah sekali tu, adik aku nak pergi ke kedai, so, aku pun kirimkan la barang, mintak tolong dia belikan . Tapi, adik aku ni keras kepala sikit . Kalo A katanya, memang tak boleh nak tukar ke B dah . Dia tak nak belikan barang tu tuk aku . Aku ni puas da pujuk - rayu kat dia . Tetap tak jadik apa- apa . So, disebabkan terasa hati dengan adik aku tu, aku pun terus masuk dalam bilik & menangis . Btw, pintu sah - sah la berkunci . Hehehe ~~~

Haaaa..... Lagi citer pasal diri aku yang cengeng ni . Aku ni seorang yang mempunyai kulit yang allergic . Ntah kenapa, dalam keluarga aku, aku sorang je yang ada allergic ni . Ahli keluarga aku yang lain takde la plak kena allergic2 ni . Depa sume bebas je nak makan apa-apa jenis makanan . Tak macam aku . Nak makan seafood tak boleh . Nak makan belacan tak boleh . Nak makan budu tak boleh . Maklum la, aku kan orang Terengganu . So, orang Terengganu memang suka la makan budu ni . Tapi, aku tak boleh nak makan semua tu. Even ikan pun hanya certain2 type je yang aku boleh makan . Hmmmm...... Kadang2 sedih gak, sebab bukan semua orang boleh terima jenis cam aku ni . Nak makan tu tak boleh, nak makan ni tak boleh . Maybe bagi yang tak memahami, dorang akan anggap aku ni memilih . Tapi, serious aku cakap, aku ni bukanlah seorang yang memilih dalam bab-bab makan ni . Kalo tak disebabkan allergic, aku makan je semua makanan yang halal kat dunia ni .

Sebenarnya, allergic ngan cengeng ni ada ceritanya yang tersendiri tau . Nak dijadikan cerita, masa aku balik rumah cuti semester aritu, ayah aku beli la makanan kat kedai tuk sarapan pagi kitorang . Ye la, sesekali nak jugak merasa makanan yang ditapau dari kedai kan . So, ayah aku pun beli la nasi dagang . Aku yang memang da lama teringin nak makan nasi dagang ni excited bukan main lagi . Ye la, belajar kat utagha ni mana la nak dapat nasi dagang sesedap cam kat negeri aku tu kan . Hehehe... Tapi memang betul tau . Nasi dagang Terengganu best sangat . Berbalik pada kisah nasi dagang yang ayah aku beli tu, aku bukak2 je tengok semuanya lauk ikan aya @ ikan tongkol . Aku memang tak boleh makan langsung ikan tu . Kalo makan, mesti gatal-gatal badan aku ni . Awalnya, mak aku da pesan da kat ayah aku tu supaya belikan lauk ayam khas tuk aku . Tapi, ntah camana ayah aku cakap pekerja kat kedai tu letakkan semuanya lauk ikan aya . Aku yang memang da lapar ni, mood semangat nak makan, totally down teruih mood aku . Aku basuh tangan, masuk bilik dan menangis . Yela, takde apa aku boleh makan . Sapa tak sedih weh . Ayah aku pun pergi la belikan aku nasi dagang berlaukkan ayam . Bukan satu, dua bungkus tuk aku sorang .

Dalam pada tu, aku pun terfikir, betapa mulianya hati ibu bapa ni kan . Sanggup buat apa saja tuk gembirakan anak-anak dorang . Same  goes with my lovely parents . Hmmm... time tu la jugak terdetik kat hati aku, boleh ke aku bagi layanan sesempurna yang dorang bagi kat aku ni...???? In Sha Allah, akan aku lakukan yang terbaik tuk ibu bapa & keluarga aku . Aku sayang mereka sangat-sangat . <3

Setakat ni je la dulu ceritera kehidupan aku kali ni . Semoga bertemu lagi pada coretan akan datang .

Salam Gadis Pink .

^_^

Gorgeous Pinky

Tiada ulasan:

Catat Ulasan