Khamis, 20 Februari 2014

Bubur Pulut Hitam





Teringin...

Hanya itu yang mampu aku ungkapkan . Sejak aku belajar kat U ni, tak berkesempatan lagi aku nak makan bubur kegemaran aku tu . Masa balik cuti sem aritu, mak aku buzy, tak sempat nak buatkan . Kat Penang ni, aku tak tau kat mana nak carik bubur tu . Kalo ada pun, aku tak pasti sama ada bubur pulut hitam orang Utagha sama ngan orang Pantai Timur, Terengganu terutamanya .

Antara banyak-banyak bubur, bubur ni la aku paling suka dalam hidup aku . Kalo seharian aku tak makan nasi pun takpe . Asalkan ada bubur ni . Bubur ni best tau.... Rasa dia lemak-lemak camtu . Yang putih kat atas tu santan . Biasanya santan akan dicampurkan sekali bila kita nak makan . Tak la mudah basi bubur tu nanti . Kalo tak habis, simpan dalam peti . Then, esok still boleh dimakan setelah dipanaskan balik . Sebab tu la orang tak campurkan sekali santan tu .Hanya dicampurkan bila nak makan je . Ye la, santan kan mudah je basi . Aku pun tak pasti sangat la . Tapi, tu la yang orang tua-tua cakap .

Aku memang teringin sanagt nak makan bubur ni . Tapi, nak suruh mak aku buatkan, lambat lagi aku nak balik rumah . Cuti Midsem bula April ni . Tu pun kalo takde apa-apa program boleh la aku balik. Hmmmm...... Ntah bila la hajat aku ni kesampaian . Aku bukannya apa, aku kalo bab-bab makanan kegemaran ni, aku kena makan yang mak aku gak buat camane pun . Bukan nak nyusahkan mak . Tapi, sendiri mau tau la ~ Air tangan ibu sendiri memang takde tandingannya kan . 

Kalo bubur ni ada dijual kat pasar-pasar malam atau kedai-kedai makan pun, aku still tak puas gak makan . Yang aku nak, bubur ni dibuat oleh mak aku sendiri . Tu yang aku teringinkan sangat-sangat. Mak aku sorang tukang masak . Dia memang pandai sangat memasak . Masakan dia, Perrrggghhh !!! Sedap wooo . Sebab tu la aku kalo pi mana-mana pun, makanan yang aku makan jarang yang memuaskan citarasa aku . Still gak aku nak comparekan dengan masakan mak aku . Lagi satu, kalo mak aku yang masak, aku akan rasa selamat & tanpa ragu-ragu je nak makan . Kalo makannan kat tempat orang ni, aku terpaksa tanyakan dulu sama ada dia ada letak seafood, belacan ke tidak . Ye la, aku mana boleh makan benda-benda tu sume .Allergic punya pasai la ni .

Berbalik kepada bubur pulut hitam ni . Aku nekad . Balik je cuti nanti, aku nak suruh gak mak aku buatkan . Serius, teringin giler da nak makan . Maklum la, bubur kegemaran kot . Huhuhu ~

Sekian .

Salam Gadis Pink

^_^

Gorgeous Pinky

Tiada ulasan:

Catat Ulasan