Selasa, 25 Februari 2014

Roomate

Assalamualaikum...

Lama gak aku tak update blog ni . Dalam dua hari gak la . Takde la lama mana kan . Hehehe .
Sebenarnya, dua hari lepas, aku pi tidoq bilik bestie aku, si Zuar tu . Asalnya camni, hari jumaat petang tu, kitorang ada meeting, Zuar tu pun mai la bilik aku ni . Pastu, kitorang duk la sembang-sembang pasal nak makan apa malam tu . Sembang punya sembang, Zuar pun sebut la pasai pecal yang dijual kat kafe di desa dia tu . Aku pun apa lagi, teriur la beb . Best kot pecal kat kafe tu .
So, Zuar pun ajak la aku pi makan kat sana . Asalnya, aku malas la gak nak pi . Tapi, dah namakan bestie kan . Tak sanggup la nak hampakan hajat kawan aku tu . Aku pun ikut sekali dia balik . So, malam tu aku tidoq la sana .

Tapi kan, serius aku cakap, bila sekali aku da tidoq sana, rasa cam nak stay sana teriuh ja . Ye la kan, bestie ada kat sana, sah-sah la happy bila stay sana . Tapi aku fikir gak pasai roomate aku tu . Kesian gak kat dia kan duk sorang-sorang je .

Hmmmm....
Citer pasai roomate ni, aku sebenarnya nak luahkan la perasaan aku ni . Dari sem lepaih lagi aku rasa cam ni . Serius aku tak berapa nak happy sangat duk desa ni . 

Roomate aku ni baik, cantik & ayu orangnya . Maklum la, orang Kelantan, memang lawa la kan . Tapi, satu je yang aku musykilkan sangat . Aku tak tahu sama ada dia tu suka ke tak aku ni jadi roomate dia . Kalo sem lepas dia camni, aku still boleh pertimbangkan lagi . Ye la kan, sem lepaih tu kiranya masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing la kan .

Tapi, bila masuk je sem ni, camtu gak dia . Tak berubah gak . Nak tau apa yang membuatkan aku tak selesa ngan roomate aku...???

Aku ni seorang yang riuh, suka bercakap & perangai giler-giler la jugak . 
Tapi, roomate aku ni - Pendiam, ayu, tak banyak bercakap .
Korang boleh bayangkan la camane aku duk dalam bilik ni kan . Kadang-kadang rasa cam tunggul kayu je . Haisshhhh, serius boring . Tu la sebabnya aku lebih prefer nak pi tidoq bilik bestie aku tu . Even jauh, aku sanggup pi sana . Asalkan hari-hari yang aku lalui penuh keceriaan . 

Sebenarnya kan, bestie aku si Zuar tu pun perasan gak roomate aku ni camtu . Ye la, mana taknya, bila Zuar mai je bilik aku, roomate aku ni nak tak nak je layan Zuar tu . Senyum pun cam terpaksa je .Korang imaginekan la weii.. Sape tak stress camni . Sampai bestie aku pun dia layan tak layan je . Sebagai kawan baik, aku pun turut sentap jugak tau .

Yang aku fikirkan roomate aku ni tak suka aku sebab bila dengan member-member yang lain, dia ceria je . Tapi, bila balik je bilik, teruih kepetahan dia yang sebelum ni da hilang . Cam orang bisu plak . Tapi tak tahu la dia betul2 tak suka aku ke tak . Tu cuma firasat aku je la .

Hmmmm......
Aku bukan nak ngumpat, kutuk ke apa ke pasai roomate aku ni . Just nak luahkan je apa yang aku rasa, yang aku pendam selama ni . Apa-apa pun dia baik tau . Mungkin sebab dia pendiam, aku plak jenis giler-giler . So, sebab tu la kitorang cam tak berapa nak ngam kot .

Aku bukan apa, nak jugak luahkan apa yang aku rasa ni . Tapi, aku syukur & berterima kasih sangat sebab ada sahabat baik cam Zuar tu . Segala-galanya aku citer kat dia . Hanya dia je faham apa yang aku rasa ni . Sebab, dia pun pernah mai lepak bilik aku, dan dia sendiri turut terkena tempias dilema aku ni . Huhuhu~

Tapi takpe la, at least aku ada gak rooamate kan, dari takde langsung . Aku harap sangat persahabatan aku ngan roomate aku makin akrab lagi lepaih ni . Harap-harap dia selesa & happy la dapat roomate cam aku ni . Dan aku pun happy dapat roomate comel cam dia . :-)

Btw, ni la gambar aku ngan roomate aku .
Lawa kan dia . Serius lawa .




Sekian .

Salam Gadis Pink .

^_^

Gorgeous Pinky

 

Ahad, 23 Februari 2014

Dear Ex

Hahahaha.....
Saja je tajuk tu . Kasi gempak sikit .
Sebenarnya, aku nak citer sikit pasai diri aku & kisah cinta ni . Aku start tau pasai couple2 ni masa aku Form 3 . Tu pun bila aku da pindah sekolah baru . Pelajar2 kat sekolah baru aku tu advanced sikit . Depa memang pandai kalo bab2 couple ni . Aku pun jadi terikut-ikut gak ngan depa . Time tu la aku start couple ngan senior aku .

Hmmmmm~~~ Remaja kan . Semua benda nak cuba . Nasib baik la tu je yang aku cuba . Tak la sampai tahap buat benda-benda tak elok . Mak ayah aku garang kot . Memang kitorang adik-beradik takut kat parents kitorang ni . Tapi, bagus gak depa garang . Kalo tak, tak jadi orang agaknya kitorang ni . Hehehehe . Tapi, biasa la kan, zaman sekolah, cinta monyet je semua tuh . Aku pun bukannya bersungguh sangat pun nak bercouple ni . Aku terima dia pun sebab kesian . Tapi, ok la tu, kira adil . Last2 dia tinggalkan aku . Hahahaha . 
Cinta Monyet ~

 Lepas tu, aku da tak peduli pasal couple2 da . Aku fokus je pada pelajaran . Sampai la aku Form 6 . Ntah camane aku boleh jumpa dengan budak yang sekampung dengan aku dulu . Aku kenal la jugak dia ni . Masa kecik-kecik, pernah je nampak dia & adik dia lalu depan rumah aku naik basikal . 
Nama dia....... Hmmm... Perlu ke aku mention...??? Tak payah la kot . Buat sakitkan hati je . 

Aku pada asalnya tak nak terima dia ni . Sebabnya, aku dah janji dengan diri aku sendiri yang aku tak nak couple sampai la umur aku 25 tahun . Aku plan, bila umur 25 tahun, terus je kahwin . Tu pun kalo ada orang nak masuk minang la . Ntah sapa la nak kat aku ni . Rupa dah la biasa2 je, tak macam Emma Maembong tu . Hahaha . Tapi, apa pun, ciptaan Allah tetap comel kan .

Berbalik pada citer tadi . Aku da mungkir janji dengan diri aku sendiri . Atas dasar kesian buat kedua kalinya, aku terima budak tu . Umur dia tua setahun je dari aku . Ntah camane la dari kesian boleh plak timbul rasa sayang . Tapi, hubungan kitorang tak bertahan lama pun . Baru je 2 bulan aku masuk U ni, dia berubah . Aku ingatkan aku yang akan berubah . Tapi, dia plak yang berubah . Sebelum tu, bukan main lagi dia beriya-iya mintak aku supaya jangan curang .
Haishhh.... Lelaki.... Lelaki . Memang camtu ek sifat korang...??? Suka mempermainkan perasaan wanita...???

Aku ni pun satu, menangis bagai nak rak segala bila clash tu . Ntah apa-apa la aku ni kan . Jujur aku cakap, dia tu aku ingatkan first love aku . Ye la kan, yang couple masa zaman sekolah tu tak kira la, tu cinta monyet . Aku langsung tak kisah pasal tu . Zaman budak-budak yang tak matured lagi katakan . Tapi, ternyata yang si dia tu bukan first love aku gak .

Aku anggap camtu sebab kalo first love, sah2 la sampai sekarang walau dia bukan milik kita pun, kita still ingat kat dia kan . Tapi, aku ni awal2 clash ari tu je teringat kat dia . Lepas tu, aku dapat tahu dia tipu aku, terus aku bangkit & sedar bahawa dia bukanlah first love aku .

So, di sini aku nk tekankan bahawa aku tak pernah ada first love pun . 
Biarlah first love aku tu suami aku satu hari nanti .In Sha Allah, aku sekarang sedang cuba untuk tidak mudah kesian & terima mana-mana lelaki lagi dalam hidup aku .
Aku hanya akan terima bila lelaki tu betul2 serius dengan pi mintak aku kat parents aku dengan cara baik . Kalo parents aku berkenan, aku terima . Kalo tak, sorry to say la ye .

Aku dah tak nak terlibat dengan cinta-cinta yang tak menjamin apa-apa lagi da . Nampak tak kematangan aku kat situ...???
Hehehehe~

So, dear ex, sebenarnya ini la yang saya nak bagi tahu awak :

" Terima kasih sebab tinggalkan saya . Terima kasih sebab buat saya da tak percaya pada lelaki . Terima kasih sebab buat saya hidup bahagia,tenang, tanpa perlu fikirkan perasaan orang lain, yang bukan muhrim saya . Terima kasih, Terima kasih & Terima kasih . Sesungguhnya, saya lebih berwaspada sekarang dalam bersahabat dengan lelaki . Terima kasih sebab buka mata & hati saya bahawa lelaki ni memang tak boleh dipercayai . Dan, terima kasih sebab bila da clash, bila da single, hidup saya ternyata lebih bahagia . Lebih dekat kepada Allah . Tak lagi lalai dengan melayan mesej-mesej dari awak . Yang penting, terima kasih sebab.......... 
Saya dapat jimatkan kredit tanpa perlu bemesej dengan awak .
Hehehehe ~ "

Btw, gambar ni khas untuk dia .

* Abaikan budak kat belakang tu . Yang penting kata-kata tu ek .

Thank You .



Sekian .

Salam Gadis Pink

^_^

Gorgeous Pinky

Running Man


Haaa..... Ni lah TV show yang aku paling suka . Bukan aku je tau . Adik-adik aku pun suka tengok TV show ni . Da jadi fenomena da kot kat dunia ni . Kalo kat rumah, aku & adik-adik aku selalu tengok rancangan ni . Sanggup tu tido lewat malam semata-mata tonton Running Man ( RM ) ni . Serius best wooo ~ Antara ramai-ramai tu, aku la yang paling kuat gelak . Sampai mak & ayah aku menggeleng- geleng kepala dengan perangai aku ni . Hahahaha . Ye la kan, tak manis la kalo anak dara gelak kuat-kuat . Tapi, takpe la, bukan ada orang lain pun . Adik-beradik, family aku je kot .

Citer pasai RM ni, meh aku perkenalkan sorang-sorang nama depa ye .



Name : Yoo Jaesuk (유재석)
DOB : Seoul, August 14, 1972 (age 42)
Nickname : Grasshopper (메뚜기), Yooruce Willis, Yoo Hyuk, Nation’s MC, Dumb
Debut : 1991, KBS College Comedian Festival
Career : hosted TV program called  Live and Enjoy Together, Happy Together, X-Man (2000), Infinity Challenge (since 2005),  Come to Play (since 2004), Happy Together season 3, Family Outing (2008-2010), Running Man .

Name : Kim Jong Kook (김종국)

DOB : April 25, 1976 (age 38)

Nickname : Trainer Kook, Kim KookJong, Sparta Kooks, The Commander

Debut : 1995, as a Member of duo group called TURBO

Career : TURBO (1995-2001), Solo Singer (2001-present), X-Man, Family Outing (2008-2010), Running Man.

Name : Ji Sukjin

DOB : May 10, 1968 (age 46)

Nickname : Big-nose Hyungnim

Debut : 1992

Career : Hosted TV Program called Star Golden Bell, Running Man.

Name : Gary

Real Name : Kang Hee Gun

DOB : February 24, 1978 (age 36)

Nickname : Monday Boyfriend

Debut : 1999, as a member of a group called LEESSANG

Career : Runnning Man, still a freshman in variety program.

 

Name : Song Ji Hyo

Real Name : Cheon Seong Im

DOB : August 15, 1981 (age 33)

Nickname : Ace, Mong-Jihyo, Monday Girlfriend, Song Siblings

Debut : 2003, in a film titled Wishing Stars

Career : Wishing Stars, Princess Hours, Sex is Zero, Frozen Flower, Joining Running Man after the 2nd episode.
Name : HAHA

Real Name : Ha Dong Hoon (하동훈)

DOB : August 20, 1979 (age 35)

Nickname : Haroro

Debut :2001, as a member of Hip-Hop group named JIKIRI

Career : Sitcom-Nonstop 3 (2002), Infinity Challenge (2005), X-Man, Manwon Happiness (2008), Haha-Mong Show (2010), Running Man
 
Name: Lee Kwang Soo (이광수) 
 
Born: 14 July  1985 ( age 29 )
 
Nickname: The Framer Gwang Soo, Kwang-Vatar 
 
Debut: 2008 MBC in a drama titled That Person is Coming 
 
Career: City Hunter, MBC (That Person Is Coming), Sitcom–High Kick Trough The Roof, drama- Dong Yi 
Occupation: Actor, Model Height: 190cm Star sign: Cancer




Ni la artis-artis RM yang aku suka . Kat atas tu aku sertakan biodata depa . 
Antara tujuh orang ni, Kang Gary la yang aku paling suka . Comel gila kot dia ni . Yang aku paling suka pasai dia sebab dia ni seorang fotogenik tau . Bila dia ambik gambaq, natural je muka dia . Tak payah nak cover-cover, nak senyum-senyum . Memang sama je mimik muka dia kalo bergambar . Kadang-kadang lawak gak . Hahahaha...
Serius, comel giler dia ni .


Lain kali aku akan citerkan dengan lebih lanjut lagi pasai Kang Gary ni ek .

Sekian .

Salam Gadis Pink .

^_^

Gorgeous Pinky

Sabtu, 22 Februari 2014

Forever Alone ~

Forever Alone ~ 

Kadang - kadang  cam kena je ngan diri aku perkataan tu . Contohnya, ari ni . Aku sebenarnya memang tak tahu nak buat apa kalo ari minggu camni . Nak keluar jalan-jalan pun tak tahu nak ajak sape . Lagi pun, aku tak bape suka sangat kuar jalan - jalan ni . Kalo kuar je, sah2 la abis duit aku . Paling tak pun RM 100 ke atas . Yupp, tu la kekurangan & masalah diri aku ni . Suka membeli ikut suka ati je . Huhuhu .

Berbalik kepada topik ari ni, ' Forever Alone '... Tadi aku ajak la bestie aku pi jogging, tapi dia tak mau . Aku sedih la gak, sebab takde sapa nak teman aku pi jogging . Bukan setakat sedih je, rasa nak nangis pun ada . Cengeng kan aku . Ye la, aku paham, desa bestie aku tu kat luar sana, jauh nak pi tasik tu, nak jogging . Kalo balik nanti, kesian gak kat dia sorang2 . Takpe, aku faham .

Roomate aku ada je kat bilik ni . Masalahnya, dia awal2 lagi takmo ikut kalo aku ajak jogging . 
" Kalo awak ajak naik basikal, saya nak . Tapi, kalo jogging..... Takmo la saya " .
Tu la yang selalu dia cakap kat aku sejak dari sem lepas lagi . So, sendiri mau tau la kan . Takkan nak ajak lagi kot . Sah-sah la aku jugak yang hampa satgi . Memang dia takkan ikut pun .

Roomate aku ni seorang yang suka buat hal dia sendiri . Bestie aku pun perasan dia camtu . Even kitorang duk sebilik, tapi kadang-kadang aku rasa cam duk sorang-sorang je dalam bilik ni . Kalo takde hal apa-apa, memang senyap je memanjang dia tu . Aku kadang-kadang rasa cam tunggul plak dalam bilik ni . Haaaaa..... Jangan salah faham ye . Kitorang tak gaduh pun . Kitorang pun bukannya ada problem . Tapi, ntah la . Memang dia jenis pendiam kot kalo takde topik nak sembang .
Sebab tu la kalo apa-apa, aku lebih suka ajak bestie aku . Even aku tahu, kadang-kadang bestie aku pun tak boleh tunaikan apa yang aku nak . Cam ari ni, aku ajak dia jogging, tapi dia tak nak . Takpe la, aku paham . Jauh kot dari desa dia tu nak pi jogging kat tasik sana .

Aku rasa malam ni cam nak pi tido bilik bestie aku je . Tapi, aku tak nak la selalu tido sana . Sebabnya, nanti roomate aku anggap aku nak jauhkan diri dari dia plak . Aku bukan apa, kan aku da bagi tau kan, kalo tak jumpa bestie aku tu dalam satu hari, aku akan rasa sunyi je hidup ni . Ye la kan, kat sini hanya dia je tempat aku citer macam-macam . Even hal remeh sekali pun, dia la tempat aku mengadu .

Tapi, tu la.... Ari ni rasa cam ' Forever Alone ' plak . Dah la tak jumpa bestie aku tu . Duk dalam bilik ni plak tak tahu nak sembang apa dengan roomate aku . Dia dari tadi lagi asyik ngadap laptop tu, layan citer . Ntah sedar ke tidak aku ni ada dalam bilik ni . Serius sedih weh.....
Tak tahu nak ngadu kat sapa . Cam nak terbang balik je sekarang ni . Citer semuanya kat mak ayah aku .

Hmmmm...... Kan best kalo aku dapat duk sebilik ngan bestie aku kan . Mesti tiap-tiap hari aku gelak je . Sebab aku tahu, kalo kitorang jumpa, ada je citer-citer lawak yang kitorang akan kongsikan . Aku teringat plak time minggu exam semester lepas . Aku berkampung kat bilik bestie aku tu . Serius aku cakap, aku happy sangat time tu . Tido sama-sama, makan sama-sama, study sama-sama . Sampaikan bila dia nak balik tuk cuti sem tu, aku nangis . Huhuhuhu ~ Memang cengeng tul la aku . Padahal bestie aku tu duk belakang rumah aku je kot , jiran aku jer . Tiap-tiap hari boleh jumpa . Tapi tu la, kadang-kadang hanya orang yang betul-betul menghargai persahabatan je akan faham apa yang aku rasa ni .

Aku harap sangat aku dapat tinggal sebilik dengan bestie aku satu hari nanti . Hopefully ~
Jadi, tak la aku rasa ' Forever Alone ' lagi cam apa yang aku rasa sekarang ni .







Sekian .

Salam Gadis Pink .

^_^

Gorgeous Pinky

Jumaat, 21 Februari 2014

Ukhuwah Terjalin



 Malam tadi, aku ada kelas . Hmmm.... Nampaknya, sem ni memang takde harapan la aku nak bertolak pulang Khamis malam . Kalo sem lepaih, aku akan bertolak Khamis malam bila tiba time cuti . Tapi, takpe la, berkorban la sikit kan demi pelajaran .

Citer pasal ukhuwah ni, disebabkan subjek malam ni la, ukhuwah antara aku dengan hamba Allah yang lain terjalin lagi . Bahkan, dengan berlainan bangsa & agama plak tu . Allah tak haramkan hambanya menjalinkan ukhuwah kan, tak kira la dengan bangsa apa-apa pun . Allah lagi la suka bila hamba-Nya berusaha untuk mengeratkan hubungan silaturahim . Kuliah tadi tu diadakan dalam dwan yang luas & sangat besar . Maklum la, dewan konvokesyen, memang la besar .

Untuk subjek kuliah tadi tu, kitorang kena formed group . Setiap group kena ada sekurang-kurangnya dua bangsa yang berlainan . Aku dan 2 orang kawan aku ni menggelabah la, tak tahu mana nak carik bangsa lain ni . Dewan tu besar, so, memang haru-biru jadiknya bila masing-masing da kalut nak carik ahli kumpulan .

Alhamdulillah.... Allah permudahkan urusan kami . Bila tanya je kat 3 orang student Chinese tadi, depa cakap belum cukup ahli . So, kitorang pun combined la, jadik satu group .
Haaa..... Kat situ la ukhuwah mula terjalin bila kitorang start memperkenalkan diri masing-masing . Nama dorang ialah Vivian, Loke & Loo . Semuanya comel-comel . Ye la, ciptaan Allah kan, mesti la comel-comel semuanya .

Then, balik je dari kuliah tu, aku dan roomate yang sememangnya tengah lapar sangat-sangat, masakkan nasi goreng . Bukan kami berdua je, ada lagi tiga orang kawan kitorang join sekali makan . Depa buatkan nasi goreng ikan masin .Memandangkan aku tak makan ikan masin, so, kawan aku buatkan nasi goreng biasa je khas buat aku . Kitorang makan la sampai kenyang . 

Selesai je makan, kitorang lepak-lepak dalam bilik aku ni, bersembang macam-macam perkara . Kadang-kadang, sampai gelak besar pun ada, gara-gara lawak yang kawan-kawan aku buat . Malam ni la baru aku rasai sendiri bahawa bila kita luangkan masa dengan kawan-kawan, ternyata ukhuwah tu akan terjalin dan silaturahim bertambah erat .

Aku harap ukhuwah yang terjalin ni akan berkekalan sampai bila-bila . 
In Sha Allah .

Sekian .

Salam Gadis Pink .

^_^

Gorgeous Pinky

Khamis, 20 Februari 2014

Bubur Pulut Hitam





Teringin...

Hanya itu yang mampu aku ungkapkan . Sejak aku belajar kat U ni, tak berkesempatan lagi aku nak makan bubur kegemaran aku tu . Masa balik cuti sem aritu, mak aku buzy, tak sempat nak buatkan . Kat Penang ni, aku tak tau kat mana nak carik bubur tu . Kalo ada pun, aku tak pasti sama ada bubur pulut hitam orang Utagha sama ngan orang Pantai Timur, Terengganu terutamanya .

Antara banyak-banyak bubur, bubur ni la aku paling suka dalam hidup aku . Kalo seharian aku tak makan nasi pun takpe . Asalkan ada bubur ni . Bubur ni best tau.... Rasa dia lemak-lemak camtu . Yang putih kat atas tu santan . Biasanya santan akan dicampurkan sekali bila kita nak makan . Tak la mudah basi bubur tu nanti . Kalo tak habis, simpan dalam peti . Then, esok still boleh dimakan setelah dipanaskan balik . Sebab tu la orang tak campurkan sekali santan tu .Hanya dicampurkan bila nak makan je . Ye la, santan kan mudah je basi . Aku pun tak pasti sangat la . Tapi, tu la yang orang tua-tua cakap .

Aku memang teringin sanagt nak makan bubur ni . Tapi, nak suruh mak aku buatkan, lambat lagi aku nak balik rumah . Cuti Midsem bula April ni . Tu pun kalo takde apa-apa program boleh la aku balik. Hmmmm...... Ntah bila la hajat aku ni kesampaian . Aku bukannya apa, aku kalo bab-bab makanan kegemaran ni, aku kena makan yang mak aku gak buat camane pun . Bukan nak nyusahkan mak . Tapi, sendiri mau tau la ~ Air tangan ibu sendiri memang takde tandingannya kan . 

Kalo bubur ni ada dijual kat pasar-pasar malam atau kedai-kedai makan pun, aku still tak puas gak makan . Yang aku nak, bubur ni dibuat oleh mak aku sendiri . Tu yang aku teringinkan sangat-sangat. Mak aku sorang tukang masak . Dia memang pandai sangat memasak . Masakan dia, Perrrggghhh !!! Sedap wooo . Sebab tu la aku kalo pi mana-mana pun, makanan yang aku makan jarang yang memuaskan citarasa aku . Still gak aku nak comparekan dengan masakan mak aku . Lagi satu, kalo mak aku yang masak, aku akan rasa selamat & tanpa ragu-ragu je nak makan . Kalo makannan kat tempat orang ni, aku terpaksa tanyakan dulu sama ada dia ada letak seafood, belacan ke tidak . Ye la, aku mana boleh makan benda-benda tu sume .Allergic punya pasai la ni .

Berbalik kepada bubur pulut hitam ni . Aku nekad . Balik je cuti nanti, aku nak suruh gak mak aku buatkan . Serius, teringin giler da nak makan . Maklum la, bubur kegemaran kot . Huhuhu ~

Sekian .

Salam Gadis Pink

^_^

Gorgeous Pinky

Sahabat

Sahabat ...

Bagi aku, sahabat ni merupakan insan yang paling rapat dengan kita selain keluarga dan orang tersayang . Sahabat pun orang tersayang tau . Sebut pasal sahabat, bermacam-macam kisah suka dan duka yang bermain di ingatan aku ni . 

Masa aku darjah 6 lagi, aku pernah disisihkan oleh sahabat baik aku sendiri . Aku pun tak tahu apa salah aku hingga dia pulaukan aku camtu . Tapi, keadaan tu tak lama . Hampir nak exam, kitorang berbaik semula .

Bila aku jejakkan kaki ke alam sekolah menengah plak, kawan baik aku dari Form 1 hingga Form 2 adalah orang yang sama . Nama dia Che Nur Ashiqin Binti Che Khamshah . Aku ingat lagi muka dia. Mata dia sepet cam orang korea . Kulit dia putih melepak . Serius, aku yang pompuan ni pun kgum tengok kecantikan dia . Tapi.... persahabatan kitorang boleh dikatakan terputus camtu je bila kitorang masuk Form 3 . Sebabnya, aku ikut family aku pindah . So, aku pun terpaksa la pindah sekolah sekali. Kitorang lost contact hampir tiga tahun gak r . Tapi, lepas tu, hubungan persahabatan kitorang terjalin balik . Kitorang sering la contact walaupun tak berjumpa . Sekarang ni dia belajar kat Maktab Perguruan Kota Bharu, Kelantan . Dia ambik Bahasa Inggeris . So, kawan baik aku tu bakal teacher la satu hari nanti . In Sha Allah .

Then, bila aku pindah sekolah plak, aku tiga orang kawan paling rapat ngan aku . Kitorang ni kira satu geng la . Nama dorang Wan Nur Zulaikha Binti Wan Othman, Nor Fasharena Binti Alias dan Siti Shahera Binti Abd Aziz . Kitorang jadik satu geng start akhir tahu 2008-awal tahu 2010 . Tahun 2010 tu merupakan tahun aku ambik SPM . Hmmm... Mesti orang heran, ngape persahabatan kitorang sampai awal tahu 2010 je...???

Citer dia camni, awal tahun 2010 tu, kitorang da Form 5 da . Aku pun tak tahu ngape kawan aku yang bernama Siti Shahera tu tiba-tiba menjauhkan diri dari geng kitorang, terutamanya aku .  Sampaikan kitorang training Speech Choir sama-sama pun dia buat cam tak kenal je kat aku ni . Yang paling aku tak boleh lupa sampai sekarang ialah bila dia buat cerita, buruk-burukkan aku kat semua orang dalam kelas tu, hinggakan hampir kesemua budak perempuan dalam kelas tu pandang aku semacam . Biasa la kan, orang pompuan memang kuat gossip . Sejak tu, dia da tak jadi geng aku da . Si Nor Fasharena plak da ada kawan baru masa tu, anak cikgu . So, tinggal la hanya aku dan Wan Nur je . Persahabatan kitorang masih kekal hingga sekarang . Wan Nur tu la sahabat baik aku masa aku Form 6 sampai sekarang . Tapi, sekarang kitorang berpisah sebab dia belajar kat UM, aku plak kat utagha ni haa .Walau macam mana pun, kitorang still contact tau .

Dan sekarang, kat U ni, aku pun ada gak kawan baik . Nama dorang Norianazuar Binti Yusof dan Faizatul Nayah Binti Othman . Aku panggil dorang ni Zuar dan Zatul je . Sebenarnya, dorang ni kawan sekelas aku masa Form 6 dulu . Kitorang pun satu geng gak . Tak sangka plak dapat belajar tempat sama je . Syukur sangat, at least tak la rasa asing kat tempat orang ni, sebab aku ada kawan baik yang dapat dijadikan teman dan tempat mengadu kat sini .




Ni la Zuar & Zatul . Comel kan dorang . Kalo aku ada apa-apa masalah, dorang la tempat aku mengadu kat sini . Kalo aku malas, dorang jugak la yang tolong tegur & membebel kat aku . Aku bahagia sangat ada kawan baik cam dorang . Dorang sangat memahami aku . Serius aku cakap kalo aku tak jumpa atau tak contact dorang dalam satu hari, aku akan rindu dorang . Kitorang ni walaupun satu universiti, tapi tinggal kat lain-lain desa tau . So, bukan senang la nak jumpa selalu . Tambah-tambah plak kitorang semuanya ambik kos yang berbeza . Cuma dengan Zuar tu kerap gak la jumpa .Tapi, dengan Zatul payah sikit, sebab kitorang berbeza school . Kalo dengan Zuar tu, kitorang di bawah School yang sama je .

Aku harap sangat persahabatan kitorang ni kekal selama-lamanya till Jannah . In Sha Allah .

Sekian ~

Salam Persahabatan Gadis Pink

^_^

Gorgeous Pinky

Rabu, 19 Februari 2014

Cengeng

Assalamualaikum . . .

Dalam catatan aku yang lepas, aku ada cakap nak citer pasal diri aku yang cengeng ni kan . Malam ni baru la aku berkesempatan nak menulis pasal cengeng tu .

Aku merupakan anak kedua daripada enam orang adik - beradik . Aku ada seorang abang . Kiranya aku ni kakak, sebab aku ni anak perempuan sulung . Tetapi, perwatakan aku tak menunjukkan seperti aku ni seorang kakak . Aku ni tak la manja, tapi tu la, CENGENG ! . Mudah je nak menangis . Bahkan, dengan adik - adik aku pun kadang - kadang  aku menangis .

Pernah sekali tu, adik aku nak pergi ke kedai, so, aku pun kirimkan la barang, mintak tolong dia belikan . Tapi, adik aku ni keras kepala sikit . Kalo A katanya, memang tak boleh nak tukar ke B dah . Dia tak nak belikan barang tu tuk aku . Aku ni puas da pujuk - rayu kat dia . Tetap tak jadik apa- apa . So, disebabkan terasa hati dengan adik aku tu, aku pun terus masuk dalam bilik & menangis . Btw, pintu sah - sah la berkunci . Hehehe ~~~

Haaaa..... Lagi citer pasal diri aku yang cengeng ni . Aku ni seorang yang mempunyai kulit yang allergic . Ntah kenapa, dalam keluarga aku, aku sorang je yang ada allergic ni . Ahli keluarga aku yang lain takde la plak kena allergic2 ni . Depa sume bebas je nak makan apa-apa jenis makanan . Tak macam aku . Nak makan seafood tak boleh . Nak makan belacan tak boleh . Nak makan budu tak boleh . Maklum la, aku kan orang Terengganu . So, orang Terengganu memang suka la makan budu ni . Tapi, aku tak boleh nak makan semua tu. Even ikan pun hanya certain2 type je yang aku boleh makan . Hmmmm...... Kadang2 sedih gak, sebab bukan semua orang boleh terima jenis cam aku ni . Nak makan tu tak boleh, nak makan ni tak boleh . Maybe bagi yang tak memahami, dorang akan anggap aku ni memilih . Tapi, serious aku cakap, aku ni bukanlah seorang yang memilih dalam bab-bab makan ni . Kalo tak disebabkan allergic, aku makan je semua makanan yang halal kat dunia ni .

Sebenarnya, allergic ngan cengeng ni ada ceritanya yang tersendiri tau . Nak dijadikan cerita, masa aku balik rumah cuti semester aritu, ayah aku beli la makanan kat kedai tuk sarapan pagi kitorang . Ye la, sesekali nak jugak merasa makanan yang ditapau dari kedai kan . So, ayah aku pun beli la nasi dagang . Aku yang memang da lama teringin nak makan nasi dagang ni excited bukan main lagi . Ye la, belajar kat utagha ni mana la nak dapat nasi dagang sesedap cam kat negeri aku tu kan . Hehehe... Tapi memang betul tau . Nasi dagang Terengganu best sangat . Berbalik pada kisah nasi dagang yang ayah aku beli tu, aku bukak2 je tengok semuanya lauk ikan aya @ ikan tongkol . Aku memang tak boleh makan langsung ikan tu . Kalo makan, mesti gatal-gatal badan aku ni . Awalnya, mak aku da pesan da kat ayah aku tu supaya belikan lauk ayam khas tuk aku . Tapi, ntah camana ayah aku cakap pekerja kat kedai tu letakkan semuanya lauk ikan aya . Aku yang memang da lapar ni, mood semangat nak makan, totally down teruih mood aku . Aku basuh tangan, masuk bilik dan menangis . Yela, takde apa aku boleh makan . Sapa tak sedih weh . Ayah aku pun pergi la belikan aku nasi dagang berlaukkan ayam . Bukan satu, dua bungkus tuk aku sorang .

Dalam pada tu, aku pun terfikir, betapa mulianya hati ibu bapa ni kan . Sanggup buat apa saja tuk gembirakan anak-anak dorang . Same  goes with my lovely parents . Hmmm... time tu la jugak terdetik kat hati aku, boleh ke aku bagi layanan sesempurna yang dorang bagi kat aku ni...???? In Sha Allah, akan aku lakukan yang terbaik tuk ibu bapa & keluarga aku . Aku sayang mereka sangat-sangat . <3

Setakat ni je la dulu ceritera kehidupan aku kali ni . Semoga bertemu lagi pada coretan akan datang .

Salam Gadis Pink .

^_^

Gorgeous Pinky

Rasa Bersalah

Bagi aku rasa bersalah  ni tuduhan diri kita terhadap  diri sendiri atas sebab kita gagal melakukan sesuatu, terutamanya bila melibatkan orang lain . Bila kita gagal atau dalam erti kata lain tak mampu untuk memuaskan hati orang lain serta menggembirakan mereka, serta-merta rasa bersalah tu wujud, walaupun sekelumit cuma . Tapi, tu bagi pandangan aku je la . Ada je rasanya orang kat dunia ni yang selfie . Langsung tak rasa bersalah bila buat orang sakit hati ke, sentap ke atau menangis dengan cara dorang . Orang jenis ni aku tak tau nak kategorikan mereka sebagai apa . Maybe sebagai orang yang tak punya hati perut kot .

Malam ni, entah kenapa aku rasa bersalah sangat . Aku sepatutnya pegi kat sana . Biarlah just sekejap je, tapi aku rasa kalo aku pegi, at least tu menunjukkan bahawa aku support apa yang dia buat . Tapi, ntah la.... Awal-awalnya aku rasa takpe je kot kalo aku tak pegi . Tapi, bila tengok daripada mood dia selepas tu, aku tau dia kecewa . Bukan dengan aku saja okey ! Dengan ramai lagi orang yang hanya anggap perkara tu sambil lewa . Padahal ianya penting sebab tu merupakan projek yang dia handle kotnya . Hishhh, apa la nak jadi ngan kitorang ni . Nak pi support projek yang orang buat pun payah . 

Tapi, aku da mintak maaf da kat dia tadi . Serious aku cakap, aku ikhlas mintak maaf kat dia tu . Ye la, orang kata kalo ikhlas tak payah la nak bagi tau kan . Aku cuma nak luahkan je . Aku betul2 rasa bersalah . Harap dia terima la ucapan maaf aku tu .



Selasa, 18 Februari 2014

Hasrat Hati



Ari ni, aku pi kelas memakai kain . Tak pakai seluar jeans ketat2 da . Aku sebenarnya terpikir gak nak berubah . Jadi seorang muslimah yang betul2. Biar la tak sampai tahap pakai niqab pun . At least aku nak jadi seorang gadis yang sopan dalam berpakaian . Aku tak nak digelar seorang gadis yang sexy . Haaaa...... Sebut pasai sexy ni, aku ada satu citer .
                             
Awainya aku tak rasa diri aku ni sexy pun . Ye la, kalo setakat pakai seluar jeans dengan kemeja @ t-shirt  tu biasa la bagi aku . Tapi, tu sume anggapan aku je . Mungkin pada pandangan orang lain dah dikira sexy kot . Aku mula sedar diri bahawa dengan memakai seluar jeans ni dianggap sexy bila ada sorang senior ni panggil aku sexy . Aku tak tau la dia hanya nak nyakat aku je atau benar-benar maksudkannya . Tapi, aku rasa dia benar2 maksudkannya kot . Aku tak suka dia panggil aku camtu sebab....... Ntah la, aku pun tak tau sebab apa aku tak suka dia panggil aku camtu . Ye la kan, bagi aku, manada wanita @ gadis yang nak diri mereka dipanggil sexy kan . Kalo aku la, aku nak orang pandang aku sebagai seorang gadis yang sopan, lembut, sejuk mata memandang . Sesuai la dengan ketaksuban aku terhadap kaler Pink tu . Pink kan lembut . So, bagi aku, someone yang minat Pink ni melambangkan peribadi dorang yang lemah - lembut .

Aku sebenarnya  tak tahu nak mula dari mana tuk berubah . Aku rasa maybe aku kena start dari cara aku berpakaian kot . Ye la, pakaian kan melambangkan peribadi seseorang . Aku kena kurangkan atau kalo boleh,  tak yah pakai langsung seluar jeans ni . Buang je teruih . Ye la, kalo aku still simpan dalam almari tu, nanti bila aku tengok, still ada je rasa nak pakai seluar jeans tu . Maklum la kan, kita ni manusia . Hamba Allah yang lemah . Iman tu akan sentiasa turun naik je .

Aku ada berkawan dengan seorang yang menjaga aurat, menjaga pergaulan, dalam erti kata lain kawan aku tu muslimah la kiranya . Haaaa..... Dia tu la Zatul . Kawan aku yang ajak & ajar aku buat blog ni . Jangan ingat seorang wanita muslimah ni kolot tau . Aku nak jugak tanya dia camana nak berubah . Nak je aku citer hasrat hati aku ni kat someone, dengan harapan orang tu dapat bagi semangat kat aku tuk capai hasrat hati aku ni . Tapi............ Aku tak tau nak citer kat sapa . Aku takut depa ketawakan aku bila aku citer pasai niat hati aku tuk berubah ni .

Takpe la . Aku ingat pesan mak ayah aku . Depa kata, kalo kita buat sesuatu perkara tu dengan niat atau tujuan yang baik , In Sha Allah akan dipermudahkan oleh-Nya . Mudah - mudahan aku bergraduate kurang lebih 3 tahun setengah lagi ni sebagai seorang gadis yang sopan dalam berpakaian. 



Peringkat permulaan ni, aku tak nak  la berubah secara mendadak . Biar la aku mulakan dengan cara aku berpakaian dulu . Aku kena kurangkan memakai seluar la lepaih ni . In Sha Allah aku boleh . Yang penting aku kena istiqamah dalam membuat sesuatu . Yupp !!!! ISTIQAMAH !
Go Gorgeous Pinky Go !
                 
Masa aku  buat coretan ni sebenarnya aku tengah sebak . Bukan apa, aku teringat kat family aku . Seriously aku cakap, aku betui2 HOMESICK kali ni . Adoiai..... Masalah betui la aku ni . Da la cengeng . Mudah je nak menangis .

Haaa..... Sebut pasai cengeng, aku ada citer . Nanti aku coretkan dalam coretan yang akan datang ye ..
Setakat  ni je la dulu untuk Hasrat Hati ni .

Salam Gadis Pink .

^_^

Gorgeous Pink