Assalamualaikum...
Lama gak aku tak update blog ni . Dalam dua hari gak la . Takde la lama mana kan . Hehehe .
Sebenarnya, dua hari lepas, aku pi tidoq bilik bestie aku, si Zuar tu . Asalnya camni, hari jumaat petang tu, kitorang ada meeting, Zuar tu pun mai la bilik aku ni . Pastu, kitorang duk la sembang-sembang pasal nak makan apa malam tu . Sembang punya sembang, Zuar pun sebut la pasai pecal yang dijual kat kafe di desa dia tu . Aku pun apa lagi, teriur la beb . Best kot pecal kat kafe tu .
So, Zuar pun ajak la aku pi makan kat sana . Asalnya, aku malas la gak nak pi . Tapi, dah namakan bestie kan . Tak sanggup la nak hampakan hajat kawan aku tu . Aku pun ikut sekali dia balik . So, malam tu aku tidoq la sana .
Tapi kan, serius aku cakap, bila sekali aku da tidoq sana, rasa cam nak stay sana teriuh ja . Ye la kan, bestie ada kat sana, sah-sah la happy bila stay sana . Tapi aku fikir gak pasai roomate aku tu . Kesian gak kat dia kan duk sorang-sorang je .
Hmmmm....
Citer pasai roomate ni, aku sebenarnya nak luahkan la perasaan aku ni . Dari sem lepaih lagi aku rasa cam ni . Serius aku tak berapa nak happy sangat duk desa ni .
Roomate aku ni baik, cantik & ayu orangnya . Maklum la, orang Kelantan, memang lawa la kan . Tapi, satu je yang aku musykilkan sangat . Aku tak tahu sama ada dia tu suka ke tak aku ni jadi roomate dia . Kalo sem lepas dia camni, aku still boleh pertimbangkan lagi . Ye la kan, sem lepaih tu kiranya masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing la kan .
Tapi, bila masuk je sem ni, camtu gak dia . Tak berubah gak . Nak tau apa yang membuatkan aku tak selesa ngan roomate aku...???
Aku ni seorang yang riuh, suka bercakap & perangai giler-giler la jugak .
Tapi, roomate aku ni - Pendiam, ayu, tak banyak bercakap .
Korang boleh bayangkan la camane aku duk dalam bilik ni kan . Kadang-kadang rasa cam tunggul kayu je . Haisshhhh, serius boring . Tu la sebabnya aku lebih prefer nak pi tidoq bilik bestie aku tu . Even jauh, aku sanggup pi sana . Asalkan hari-hari yang aku lalui penuh keceriaan .
Sebenarnya kan, bestie aku si Zuar tu pun perasan gak roomate aku ni camtu . Ye la, mana taknya, bila Zuar mai je bilik aku, roomate aku ni nak tak nak je layan Zuar tu . Senyum pun cam terpaksa je .Korang imaginekan la weii.. Sape tak stress camni . Sampai bestie aku pun dia layan tak layan je . Sebagai kawan baik, aku pun turut sentap jugak tau .
Yang aku fikirkan roomate aku ni tak suka aku sebab bila dengan member-member yang lain, dia ceria je . Tapi, bila balik je bilik, teruih kepetahan dia yang sebelum ni da hilang . Cam orang bisu plak . Tapi tak tahu la dia betul2 tak suka aku ke tak . Tu cuma firasat aku je la .
Hmmmm......
Aku bukan nak ngumpat, kutuk ke apa ke pasai roomate aku ni . Just nak luahkan je apa yang aku rasa, yang aku pendam selama ni . Apa-apa pun dia baik tau . Mungkin sebab dia pendiam, aku plak jenis giler-giler . So, sebab tu la kitorang cam tak berapa nak ngam kot .
Aku bukan apa, nak jugak luahkan apa yang aku rasa ni . Tapi, aku syukur & berterima kasih sangat sebab ada sahabat baik cam Zuar tu . Segala-galanya aku citer kat dia . Hanya dia je faham apa yang aku rasa ni . Sebab, dia pun pernah mai lepak bilik aku, dan dia sendiri turut terkena tempias dilema aku ni . Huhuhu~
Tapi takpe la, at least aku ada gak rooamate kan, dari takde langsung . Aku harap sangat persahabatan aku ngan roomate aku makin akrab lagi lepaih ni . Harap-harap dia selesa & happy la dapat roomate cam aku ni . Dan aku pun happy dapat roomate comel cam dia . :-)
Btw, ni la gambar aku ngan roomate aku .
Lawa kan dia . Serius lawa .
Sekian .
Salam Gadis Pink .
^_^
Gorgeous Pinky













